Free Web space and hosting from 2itb.com
Search the Web

TUGAS KAKITANGAN MAKMAL SAINS SMKB

KAKITANGAN 1  - ROSIDAH BT. ABDULLAH   

rosidah@smk-berangan.zzn.com

Pembantu Makmal - Mula bertugas di SMKB  pada  6. Januari 2002 dari SMK Seberang Temerloh, Pahang.

1.    Mengurus pembelian peralatan sains, menulis borang pesanan pembelian, membuat sebut harga dengan syarikat pembekal, berhubung dengan ketua panitia dan pengetua dalam urusan pembelian peralatan sains.

2.     Memasukkan data ke dalam kad stok, peralatan biologi  peralatan am dan peralatan semasa  (alat tulis  dan      sebagainya , serta mengemaskini kad stok dari masa ke semasa.

3.      Menyediakan alat/radas biologi yang dipesan oleh guru-guru sains.

4.      Menyelenggara makmal biologi 1 dan 2 ( Makmal biologi 2 dibantu oleh kakitangan 4) , termasuk membersih, mengemas, melabel, menyusun alat/radas, carta, model, bekalan kapur, papan hijau dan juga siling  luar dan dalam.

5.       Menyelenggara dan membersih stor serta bilik penyediaan makmal biologi serta menyusun dan melabel kedudukan peralatan di makmal biologi.

6.        Menjaga peralatan keselamatan di makmal , setor dan bilik penyediaan makmal biologi seperti peti kesemasan, buku kemalangan, pemadam api, saluran gas dan sebagainya.

7.        Merancang dan mewujudkan keceriaan makmal biologi 1 dan 2 serta mewujudkan suasana yang sesuai untuk proses pembelajaran.

8.        Membuka dan menutup pintu-pintu serta memastikan lampu, paip air, di makmal dan setor biologi ditutup sebelum meninggalkan makmal selepas waktu kerja.

9.       Mengurus akuarium, membuat bahan awet seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

10.      Menyelenggara taman sains seperti pokok herba dan melabel pokok-pokok dengan nama saintifik.

 

KAKITANGAN 2

EDIRAMLE  ISMAIL 

ediramle@smk-berangan.zzn.com  ;   webmaster@smk-berangan.zzn.com 

http://www.geocities.com/makmal_sains - Dengan sokongan 5 orang kakitangan makmal SMK Chabang Empat, Tumpat.

http://www.geocities.com/ediramle_ismail

 

Pembantu Makmal - .Mula bertugas di SMKB pada 8 Januari 2002 dari SMK Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.

1.    Menyelenggara makmal kimia 1 dan 2 termasuk membersih, mengemas, melabel, menyusun atur alat/radas, bahan kimia, carta, model , bekalan kapur, papan hijau, siling, sink, bekalan gas ,paip air dan sebagainya.

2.     Menyediakan larutan kimia mengikut kadar yang sesuai bagi kegunaan semua makmal Sains SMKB.

3.      Menyelenggara , mengemas, menyusun  dan menjaga setor dan bahan kimia.

4.      Mengurus kad stok dan stok bahan-bahan kimia..

5.       Menyediakan  alat radas dan larutan/bahan kimia   dalam keadaan berfungsi yang diperlukan untuk ujikaji di makmal kimia dan biologi.

6.        Menyelenggara dan membersih stor makmal dan bilik penyediaan makmal kimia serta menyusun dan melabel kedudukan peralatan/bahan kimia.

7.        Merancang dan mewujudkan keceriaan makmal kimia 1 dan 2, stor kimia dan bilik penyediaan kimia  serta mewujudkan suasana yang sesuai untuk proses pembelajaran.

8.        Membuka dan menutup pintu-pintu serta memastikan lampu-lampu, paip air, di makmal dan setor kimia  ditutup sebelum meninggalkan makmal selepas waktu kerja.

9.        Menyusun jadual makmal, jadual kerja kakitangan makmal, sertqa merancang kerja semasa cuti persekolahan.

10.       Merancang dan melaksanakan program berhubung komputer dan IT di Makmal Sains.

 

KAKITANGAN 3  - Belum ada Kakitangan 

  1. Menyelenggara makmal  fizik 1 dan 2 termasuk membersih, mengemas, melabel, menyusun atur alat/radas, fizik, carta, model, bekalan kapur, papan hijau, siling luar dan dalam , sink, bekalan gas, paip air dan sebagainya.
  1. Menyediakan alat/radas fizik dalam keadaan berfungsi yang diperlukan untuk kegunaan ujikaji di semua Makmal Sains SMKB
  1. Menyelenggara , mengemas, membersih ,  menyusun , melabel   peralatan fizik di setor fizik.
  1. Mengurus kad stok dan stok alat/radas fizik.
  1. Menyelenggara , membersih, mengemas, menyusun, melabel, mengalamatkan alat/radas fizik di bilik penyediaan makmal fizik .
  1. Merancang dan mewujudkan keceriaan di makmal fizik 1 dan 2, setor fizik dan bilik penyediaan fizik  serta mewujudkan suasana yang sesuai untuk proses pembelajaran.
  1. Membuka dan menutup pintu-pintu serta memastikan lampu, paip air, di makmal dan setor fizik  ditutup sebelum meninggalkan makmal selepas waktu kerja.
  1. Mengurus bekalan kapur tulis, pemadam papan hijau, penyapu, penyapu bulu ayam, mop, penyapu sarang labah-labah, berus sink, penyodok sampah dan peralatan umum untuk kebersihan makmal.
  1. Menyimpan peralatan elaktrik, wayar dan siaraya makmal.

 

  KAKITANGAN 4 - Belum ada Kakitangan

 

  1. Membantu dalam urusan surat menyurat Jabatan Sains.

  1. Mengurus pembelian  tunai peralatan semasa.

  1. Membantu menyelenggara makmal kimia 2, biologi 2 dan fizik 2.

  1. Mengawasi ubat dan peralatan keselamatan di semua makmal sains termasuk bekalan gas.

  1. Mengawasi keselamatan elektrik, bekalan gas, paip air, langsir  dan perabot di makmal sains

  1. Membantu menyediakan alat/radas untuk untuk ujikaji  semua makmal sains SMKB.

  1. Menyediakan buku –buku pesanan, buku keselamatan, buku kerosakan peralatan dan buku-buku lain yang diperlukan untuk urusan makmal.

  1. Membantu mengemas dan membersih bilik penyediaan makmal biologi dan fizik.

  1. Merancang dan mewujudkan  label-label  serta peringatan untuk semua makmal sains SMKB    serta mewujudkan suasana bantu bagi menambahkan keceriaan makmal..
  1.  Membantu membuka dan menutup pintu-pintu serta memastikan lampu-lampu, paip air, di makmal   ditutup sebelum meninggalkan makmal selepas waktu kerja.
  1. Mengambil alih tugas kakitangan makmal yang lain semasa ketiadaannya seperti cuti dan sebagainya.
  1. Bertanggungjawab terhadap alat-alat pertukangan seperti tukul, player, gergaji dan sebagainya.
  1. Menyelenggara taman sumber sains dan pamerana saians sekolah.
  1. Menyelenggara sudut khas pameran hasil kerja pelajar, kakitangan makmal dan guru-guru sains.
  1. Menyelenggara papan kenyataan, carta organisasi sains, gambar, poster, album, carta aliran kerja P& P , peta laluan kecemasan, peraturan keselamatan, Perpustakaan jabatan sains/Galeri sains.
  1. membantu melaksanakan program IT di makmal Sains SMK Berangan

 

 

MEMBANTU MEMAJUKAN NEGARA